Perselisihan faham perniagaan punca pusat hiburan dibaling bom petrol

Shopee Sale

Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal daripada penahanan enam suspek termasuk yang terbaharu pagi ini, mendapati motif berpunca daripada rasa tidak puas hati dalam perniagaan.

“Suspek terbaharu yang ditahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang akan direman pagi ini dan kita belum dapat melengkapkan siasatan lagi, kerana terdapat dua atau tiga orang yang masih bebas dan perlu ditangkap.

“Kesemua enam suspek ini ada yang kita telah tahan reman, ada juga yang tidak dapat reman dan yang masih dalam tahanan reman pun ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rusdi, kesemua suspek yang ditahan itu mempunyai perananan masing-masing dan ada antara mereka mempunyai rekod jenayah.

“Ia kes terpencil, perselisihan antara ahli perniagaan berkenaan sebab ada yang diupah untuk membaling bom terbabit. Namun, setakat ini tiada kaitan dengan kongsi gelap,” katanya.

Beliau berkata terdapat dua daripada enam suspek turut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam dengan menggunakan senjata.

MENARIK:  Polis tahan lelaki disyaki abai kanak-kanak

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 9 Mei lepas memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng.

Keesokannya, Rusdi dilaporkan berkata polis telah mengambil keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mengulas kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang pada Isnin lepas, beliau berkata tujuh laporan polis diterima pihaknya oleh pemilik kenderaan akibat kejadian terbabit.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular