Pertikai buka kantin sekolah: PN buktikan politik mereka tak serasi, kata MP

Shopee Sale

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata sikap ditunjukkan PAS dalam isu pembukaan kantin sekolah semasa Ramadan menunjukkan parti itu - serta PN - bukanlah jawapan yang betul untuk politik di negara ini.

Katanya isu tersebut sepatutnya tidak dijadikan polemik politik pun kerana dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan berpaksikan nilai kemanusiaan.

Namun, kata ahli parlimen terbabit, kenyataan dibuat PAS semalam sangat mendukacitakan.

"Sekali lagi, PAS dan PN membuktikan bahawa pendirian politik mereka tidak serasi dengan negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

"Jelaslah bahawa mereka lebih cenderung untuk mengeluarkan kenyataan yang memecah-belahkan masyarakat, dan bukannya memupuk perpaduan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Dewan Ulama PAS Pusat menganggap kenyataan dibuat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai pembukaan kantin di sekolah sepanjang Ramadan khususnya yang mempunyai ramai pelajar bukan Islam sebagai keterlaluan.

Ketuanya Ahmad Yahaya berkata arahan berkenaan boleh dianggap sebagai tidak menghormati Ramadan dan pelajar Muslim yang sedang berpuasa.

Kata Ahmad, bagi pelajar bukan Islam mereka sepatutnya boleh makan bekal yang dibawa ke sekolah di ruangan khas yang disediakan, sekali gus tidak memerlukan kantin dibuka.

Menurut Syahredzan keputusan diambil KPM dibuat dengan mengambil kira aspek kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di Malaysia, terutamanya dalam lingkungan sekolah yang mempunyai pelajar dan guru bukan Islam.

Katanya agama juga menetapkan seseorang Muslim yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa walaupun pada masa sama mesti dididik untuk melaksanakan Rukun Islam tersebut.

MENARIK:  PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib lepas kes 1MDB selesai

“Kita tidak seharusnya lupa kepada insiden yang dilaporkan sebelum ini apabila anak-anak bukan Muslim terpaksa makan dalam tandas sekolah atau tempat-tempat yang tidak sesuai sewaktu bulan puasa,” katanya.

Pada masa sama Syahredzan juga menyeru pemimpin PAS seperti Ahmad agar mempunyai belas kasihan kepada mereka yang tidak berpuasa.

"Saya menggesa PAS dan PN supaya berhenti mempolitikkan kantin sekolah anak-anak kita.

"Perkara seperti ini tidak wajar dicemarkan dengan politik sempit mereka," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular