Pertikaian MP Kampar, Wee: Johari putuskan kes ditutup

Shopee Sale

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini berkata, isu melibatkan peraturan parlimen yang dibawa ke atas Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) sudah selesai.

Menurut Johari, dia kekal dengan keputusan bahawa Presiden MCA itu tidak berniat jahat apabila mempersoalkan data yang dikemukakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Katanya dalam pertikaian berkaitan isu itu dia berpendapat Wee dan Rafizi sama-sama berada di pihak yang betul kerana mereka merujuk kepada dua perkara berlainan.

Bahkan, kata Johari, sama ada Wee atau Rafizi kedua-dua ahli parlimen terbabit mengemukakan fakta yang benar.

"Ayer Hitam (Wee) telah merujuk kepada kos pembangunan Padu (Pangkalan Data Utama) secara keseluruhan untuk tahun 2023 hingga 2025, manakala Pandan (Rafizi) merujuk kepada kos pembangunan Padu sehingga Sept 2024.

"Cuma cara perkara itu dibangkitkan dalam dewan pada hari itu adalah dari sudut yg berlainan.

"Oleh itu saya dapati tidak wujud prima facie terhadap perkara yg dibangkitkan di bwah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12).. tak ada (prima facie)," katanya.

Usah dibangkitkan lagi

Terdahulu Wee mempersoalkan maklumat yang diberikan Rafizi berhubung kos digunakan kerajaan bagi membangunkan Padu. Bekas menteri pengangkutan berkenaan mendakwa kos sebanyak RM85 juta digunakan.

Bagaimanapun Rafizi menjelaskan bahawa kos yang ditanggung cuma RM31 juta setakat Sept lalu.

Sehari kemudian Wee menegaskan kenyataan yang dibuatnya adalah berdasarkan laporan pelbagai media termasuk lidah rasmi PKR, Suara Keadilan.

Pertikaian itu kemudian ditafsir Chong Zhemin (PH-Kampar) sebagai cubaan Wee merujuk Rafizi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Chong menganggap langkah Wee itu merupakan satu sejarah kerana tidak pernah berlaku ada ahli dari blok pembangkang mengambil tindakan cuba merujuk menteri ke jawatankuasa tersebut di sebalik kedua-dua mereka berada di pihak yang sama.

Wee Ka Siong

Wee pula hari ini menjelaskan dia tidak berniat mengheret Rafizi ke jawatankuasa tersebut, sebaliknya sekadar memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku berhubung pertikaian di antara mereka.

MENARIK:  Konflik Iran-Israel: Ketegasan Anwar wajar dipuji - Geostrategis

Mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, perkara 36(12) menyatakan mana-mana ahli yang mengaitkan kenyataan yang mengelirukan Dewan Rakyat adalah menghina dewan dan boleh dirujuk kepada jawatankuasa keistimewaan atas kesalahan itu.

Kata Johari, dia sudah membuat keputusan dan memaklumkannya kepada pihak yang berkenaan termasuk Chong.

“Justeru, saya berpandangan isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi selepas ini," katanya.

Chong Zhemin

Sebelum itu apabila sidang Dewan Rakyat bersambung selepas rehat tengah hari, Wee bangkit untuk menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk merujuk Rafizi ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Chong kemudian membangkitkan Peraturan Tetap 99 ke atas Wee kerana berpendapat Ahli Parlimen Ayer Hitam itu membuat tafsiran sendiri berhubung Peraturan Tetap 36(12).

"Dia (Wee) katakan dia pakai Peraturan Mesyuarat 36(12) tetapi (bukan untuk) merujuk menteri ke jawatankuasa hak dan kebebasan.

"Ini seperti dia (Wee) dikatakan masuk tandas, masuk tandas buka seluar tapi tak kencing. Saya rasa ini tak boleh diterima," katanya.

Johari kemudian memutuskan isu tersebut ditutup dan meminta Chong tidak membangkitkannya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular