Pertubuhan Islam diharap terus pupuk perpaduan – PM 

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar pertubuhan Islam di Malaysia akan terus memainkan perananan penting dalam memacu usaha mencerdaskan umat dan memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk.

Beliau menyuarakan harapan itu ketika menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai presidennya Datuk Ahmad Azam Abdul Rahman semalam.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, beliau berkata mauduk pertemuan itu berkisar kepada cabaran gerakan dakwah, pemikiran Islam dan perananan badan bukan kerajaan dalam isu umat Islam peringkat antarabangsa.

Sementara itu dalam catatan berasingan Anwar menyampaikan sumbangan kepada waris Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Allahyarham Fuad Yaacob yang meninggal dunia pada 23 Mac lepas. 

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi kepada isteri Allahyarham, Che Gayah ketika sesi ziarah semalam.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Anwar dalam catatan itu.

MENARIK:  Ops Raya: 42 bas dilarang beroperasi

Semasa hayatnya Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam memperjuangkan hak pesawah, menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi mereka dengan lantang dan tegas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular