Pertuduhan pada Muhyiddin jelas, kata Mahkamah Rayuan

Shopee Sale

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak diperdaya dalam empat kes salah guna kuasa program Jana Wibawa.

Dalam alasan penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, panel tiga hakim berpendapat hal itu kerana butiran penuh empat pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin memadai untuk dia tahu apa yang dihadapinya.

Panel itu dipengerusikan hakim Hadhariah Syed Ali

Pada 28 Feb lalu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan dan membebaskan (DAA) bekas perdana menteri itu.

Mahkamah Rayuan juga dan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas ahli parlimen Pagoh berkenaan.

Dalam penghakiman bertulis, Hadhariah berkata, pada pendapat mereka butiran dalam setiap empat pertuduhan ke atas Muhyiddin memadai untuk memberi notis kepada responden mengenai perkara didakwa.

“Responden tidak terkeliru dalam apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.

"Oleh itu, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan (yang didakwa) dilakukan.

"Dalam hal ini, kita dapati yang arif hakim mahkamah tinggi tersilap apabila dia berpendapat pertuduhan tidak jelas dan responden diperdaya," katanya.

Ahli Parlimen Pagoh juga masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada Mac tahun lalu di mahkamah sesyen, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.

Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang mendakwa Muhyiddin menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan Presiden Bersatu mendapatkan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

MENARIK:  Peruntukan pembangkang: PN teliti dulu tawaran MOU kerajaan

Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.

Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.

Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepadanya.

Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke akaun Bersatu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular