Pertukaran pengerusi Lembaga Pengarah UiTM perkara biasa

Shopee Sale

Langkah menggantikan Prof Emeritus Raduan Che Rose dengan Mohd Khamil Jamil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tiada kaitan dengan pendakwaan di mahkamah, kata Zambry Abdul Kadir.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi itu, langkah penggantian tersebut merupakan proses biasa.

“Apabila tiba masanya seseorang pergi (tamat tempoh berkhidmat), mereka akan pergi dan kemudian kita perlu mencari pengganti.

"Itu adalah perkara biasa untuk sebarang proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas Dialog Meja Bulat Naib Canselor AS-Malaysia: Kerjasama Dalam Pendidikan Tinggi 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi pada Selasa lalu mengumumkan Mohd Khamil - yang juga bekas Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd - dilantik bagi menggantikan Raduan.

Khidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM itu berkuat kuasa sehingga 3 Nov 2027.

Raduan, 64, yang juga presiden Majlis Profesor Negara (MPN) didakwa atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan RM271,000 dana badan itu pada 28 Ogos lalu.

MENARIK:  Wan Azizah selesai jalani prosedur kesihatan di Hospital Serdang

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular