Perutusan 2025: Tahun depan saya 100 tahun – Dr M

Shopee Sale

Tahun depan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad akan mencecah umur 100 tahun.

Dalam perutusan tahun baru 2025 esok, dia mengimbau perjalanan hidup yang disifatkannya panjang dan penuh dengan dugaan. 

"Insya-Allah, jika saya masih bernafas, ia adalah satu perjalanan yang panjang dan penuh dengan dugaan," kata Mahathir.

Dia turut bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik.

"Alhamdulillah, setakat ini saya dikurniakan kesihatan yang agak baik, masih boleh berdiri, berjalan dan berfikir dengan waras," tambahnya.

Mahathir berkata satu abad adalah jangka masa yang sangat panjang dan dia berasa bernasib baik dapat mengharungi detik-detik penting dalam sejarah negara. 

“Bermula dari zaman remaja sehingga ke hari ini saya berpeluang berjuang dan bekerja untuk kesejahteraan negara,” ujarnya.

Dia bagaimanapun berkata kejayaan negara tidak terletak pada individu, tetapi pada semangat juang rakyat yang mempunyai jati diri, harga diri, dan tidak sanggup menggadaikan tanah serta maruah bangsa. 

Mahathir juga menyeru rakyat Malaysia untuk terus berpegang kepada nilai-nilai murni, berprinsip, hormat antara satu sama lain, serta patuh pada undang-undang dan perlembagaan negara. 

MENARIK:  RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak dibentang di Dewan Rakyat

“Berazamlah untuk jadi rakyat Malaysia yang lebih baik, yang bertanggungjawab, yang sayang akan negara kita ini,” pesannya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular