Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya phone scam

Shopee Sale

Seorang pesara polis kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon (phone scam).

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Katanya individu terbabit mendakwa pesara polis berkenaan tersenarai sebagai antara suspek yang akan ditahan bagi kes penggubahan wang haram dan berdepan risiko aset serta wang miliknya dibekukan.

“Suspek meminta mangsa untuk menyerahkan maklumat perbankan akaun milik mangsa kononnya bagi tujuan siasatan Jabatan Audit Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa juga membuat pindahan wang ke dua akaun berbeza secara berperingkat dengan jumlah RM66,050 pada bulan lepas.

“Pada 3 Jun, mangsa membuat semakan melalui sistem perbankan atas talian dan mendapati terdapat pengurangan wang sebanyak RM244,945.78 dalam akaun banknya. Jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM310,995.78,” katanya.

MENARIK:  Jumlah calon SPM tak hadir kurang 1.2 peratus

Shahrulanuar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular