Pesawat Fennec tak berada pada ketinggian, haluan ditetapkan

Shopee Sale

Lembaga Siasatan mendapati faktor utama yang menyebabkan nahas membabitkan dua helikopter sehingga mengorbankan 10 pegawai dan anggota tentera pada 23 April lepas adalah disebabkan helikopter Fennec terbabit tidak berada pada ketinggian serta haluan ditetapkan, dan memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata faktor sekunder nahas itu pula adalah disebabkan channelized attention oleh kru helikopter HOM-AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan sehingga menghadkan reaksi untuk mengelak pelanggaran daripada berlaku.

Beliau berkata laporan Lembaga Siasatan nahas dua pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut itu juga tidak menyatakan sekiranya nahas berpunca daripada faktor kesilapan manusia, berikutan pesawat Fennec berkenaan tidak dilengkapi dengan kotak hitam.

"Tiada data yang boleh merumuskan berlakunya human error kerana pesawat Fennec tiada kotak hitam," katanya dalam sidang media Laporan Akhir Insiden Helikopter Terhempas di Pengkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Dalam tragedi pada 23 April lepas itu tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

[Berita penuh menyusul]

MENARIK:  Bertanding guna simbol PAS langkah tepat, kata Muhyiddin

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular