Pesuruhjaya tinggi: United Kingdom iktiraf kelayakan FRSC Ed

Shopee Sale

United Kingdom (UK) mengiktiraf kelayakan Fellowship of the Royal College of Surgeons Edinburgh (FRCS Ed), kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry.

Ia sebagai respons balas kepada artikel portal kesihatan CodeBlue yang menyatakan Majlis Perubatan Am (GMC) UK tidak mengiktiraf kelayakan pakar bezah kardiotoraks daripada program parallel pathway Malaysia dengan Royal College of Surgeons of Edinburgh untuk pendaftaran sebagai pakar di UK.

Dalam ciapan di X, Terry berkata parallel pathway adalah kerjasama yang baik antara UK dan Malaysia bagi membantu menyediakan pakar bezah bermutu tinggi.

MENARIK:  Zahid adakan mesyuarat tertutup dengan 14 ketua Umno bahagian Kelantan

“Susulan laporan media baru-baru ini, saya ingin mengesahkan pendekatan UK kekal tidak berubah. GMC UK kekal mengiktiraf kelayakan daripada Royal College yang berprestij.

"Bagi mana-mana pakar bezah bukan UK yang ingin bekerja di UK, prosesnya juga kekal tidak berubah. Sama seperti pendekatan yang diambil di Malaysia, pakar bezah boleh memohon untuk menyertai Daftar Pakar UK selepas melengkapkan latihan tambahan yang diperlukan," katanya.

Terry turut menanda Menteri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam ciapannya.

Dzulkefly kemudiannya berkongsi tangkap layar pesanan teksnya dengan Terry, dengan Terry menyifatkan laporan CodeBlue itu sebagai "disensasikan".

Dia berkata perkongsiannya itu bagi menyangkal "maklumat salah" dalam laporan tersebut.

CodeBlue bagaimanapun mempertahankan laporannya mengenai perkara itu.

Ketua pengarangnya Boo Su Lyn berkata ini kerana pihaknya tidak menerima sebarang bantahan mahupun permintaan untuk membetulkan atau menurunkan artikel itu daripada pejabat GMC.

Tambahnya, Suruhanjaya Tinggi British juga tidak menghantar sebarang permintaan kepada CodeBlue supaya membetulkan laporan itu, atau cuba untuk memberi penjelasan kepada pihaknya.

Pada 25 April lalu, Codeblue melaporkan ahli Lembaga Lembaga Program Parallel Pathway UITM-IJN, Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata UiTM bersetuju untuk membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera untuk mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di situ.

Dia berkata keputusan itu dibuat selepas bercakap dengan naib canselor UiTM dan pengerusi lembaga UiTM, dan mereka bersetuju dengan idea itu dilaksanakan bagi tempoh yang terhad.

Isu tersebut timbul selepas empat graduan yang memperoleh kelayakan FRSC Ed untuk pembezahan kardiotoraks diberitahu mereka tidak boleh mendaftar sebagai pakar di Malaysia kerana Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kelayakan tersebut.

Untuk rekod, UITM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks, yang merangkumi pembezahan dan penjagaan untuk penyakit jantung dan paru-paru.

Persatuan Perubatan Malaysia sebelum ini berkata UiTM sepatutnya membenarkan warga bukan bumiputera untuk mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks, memandangkan pelajar antarabangsa boleh mendaftar di university itu.

Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata gesaa untuk pembukaan program pascasiswazah UiTM kepada pelajar bukan bumiputera belum dibincangkan.

Tambahnya, beberapa isu penting perlu diteliti sebelum idea sedemikian boleh dipertimbangkan.

Naib Canselor UITM Shahrin Sahib pula menegaskan komitmen institusi itu untuk mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, UITM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu berbangkit demi kepentingan negara.

Pada Rabu lalu, majlis perwakilan pelajar (MPP) UiTM dalam satu kempen dalam talian menggesa pelajar berpakaian hitam bagi membantah cadangan membenarkan pelajar bukan bumiputera mendaftar dalam program tersebut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular