Petani disaran sedia bukti sawah ditenggelami banjir – LPP

Shopee Sale

Semua petani terjejas akibat banjir disarankan menyediakan bukti seperti mengambil gambar kawasan sawah yang ditenggelami air bagi memudahkan proses taksiran kerugian.

Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kedah Nor Rahila Yusof berkata ia antara perkara utama yang perlu dilakukan dalam prosedur operasi standard (SOP) ketika dilanda bencana.

"Bila berlaku banjir kena cepat ambil gambar, buat laporan polis dan dalam masa sama mintak PPK selaraskan dengan Jabatan Pertanian.

"Mereka (Jabatan Pertanian) akan turun ke kawasan terjejas dan buat anggaran nilai kerosakan. Kita akan tengok dari segi jadual tanaman padi untuk tentukan berapa lama padi ditanam dan dari situ boleh anggarkan berapa kos telah dikeluarkan pesawah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan di pusat penempatan sementara (PPS) Lubuk Batu di Dewan PPK dekat Jitra hari ini.

Nor Rahila berkata laporan lengkap kerosakan akibat bencana itu akan dikumpulkan dan dibawa ke peringkat negeri untuk tindakan selanjutnya sebelum menentukan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada petani terlibat.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 93 pesawah terjejas apabila hampir keseluruhan 232 hektar kawasan sawah di PPK Lubuk Batu ditenggelami banjir sejak Isnin lepas.

MENARIK:  Amerika nafi terlibat dalam pembunuhan Haniyeh

Terdahulu, beliau yang meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Lubuk Batu menyampaikan bantuan pek makanan kepada 43 ketua isi rumah yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LPP.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular