'Petani, pesawah tidak akan terkesan, layak dapat subsidi diesel'

Shopee Sale

Golongan petani khususnya pesawah padi tidak akan terkesan dengan langkah penyasaran subsidi diesel kerana mereka layak menerima subsidi berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, beliau berkata pihaknya akan turun padang memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Mohamad Sabu

"Subsidi diesel sedang berjalan, semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi… pendaftaran sedang berjalan, saya yakin kekeliruan dan salah faham ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja,” katanya di Nibong Tebal hari ini.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas program libat urus bersama pemimpin peladang Pulau Pinang sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek di Nibong Tebal.

Beliau menjelaskan penyasaran subsidi diesel itu bukan bermaksud subsidi ditarik balik sebaliknya ia diberikan secara bersasar kepada golongan yang layak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan untuk memastikan diesel tidak diberi kepada golongan maha kaya dan orang asing.

Sementara itu Mohamad berkata sesi libat urus berkenaan antara komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara untuk lebih berdaya tahan dan mampan.

Beliau berkata pada tahun ini, KPKM telah memperuntukkan RM3.2 juta merangkumi lima projek sambungan untuk Pulau Pinang melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

MENARIK:  Jenazah wartawan Bernama Nur Adika selamat dikebumikan

"Peruntukan pembangunan di bawah LPP itu memberi manfaat kepada enam Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh Pulau Pinang dan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang yang melibatkan 20,301 ahli peladang," katanya.

Beliau berharap bajet pembangunan itu akan menyuntik semangat petani dan peladang di Pulau Pinang untuk terus memainkan perananan proaktif dalam merencanakan industri pertanian dan agromakanan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular