PH-BN tampil kerjasama paling erat di Sungai Bakap – Nik Nazmi

Shopee Sale

Kerjasama jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah yang paling erat pernah berlaku semenjak kedua-duanya menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerjasama itu nyata menampakkan kesan apabila banyak program yang diatur oleh PH-BN mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

“Saya ingat dalam tempoh kita membentuk Kerajaan Perpaduan, ini kerjasama yang paling erat. Jadi insya-Allah, ini akan bantu kita (PH) menuju ke hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Durian dan Buah-buahan Tempatan anjuran Jabatan Pertanian Pulau Pinang di Sungai Jawi, di sini hari ini.

Berbaki enam hari lagi tempoh berkempen, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata usaha untuk menerangkan dasar kerajaan dan tawaran khusus untuk Sungai Bakap akan diteruskan bagi menyakinkan lebih ramai pengundi.

“Kita tidak seperti pembangkang memainkan sentimen dengan membawa isu-isu nasional ke sini. Penduduk di sini mahukan satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi selama ini, tidak dapat ditawarkan oleh pembangkang selama mana mereka menjadi wakil rakyat.

“Jadi memandangkan kita (Kerajaan Perpaduan) adalah pemerintah di peringkat Persekutuan maka kami yakin mampu menjadi jambatan antara masyarakat di sini dan juga kerajaan negeri,” katanya.

MENARIK:  Logo di tapak kasut: Polis terima 8 laporan - IGP

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding pada 22 Jun lepas hingga jam 11.59 malam, 5 Julai ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular