PH yakin DAP mampu pertahan kerusi KKB, kata Loke

Shopee Sale

Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata ini kerana jentera pilihan raya parti itu sudah melakukan segala yang terbaik sepanjang kempen PRK berkenaan.

Anthony Loke

“Sekarang terpulang kepada rakyat (untuk memilih), hari ini pun dah hari terakhir kempen, semalam juga kita telah adakan grand finale dan pimpinan semua parti juga hadir, kita telah lakukan kempen terbaik, terpulang kepada pengundi untuk menilai.

“Sudah tentu kita ada keyakinan dan saya harap keyakinan itu dapat diterjemahkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan DSHAH dan Muafakat Memacu Gemilang di sebuah sekolah di Seremban hari ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan),  Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

MENARIK:  Penjawat awam P Pinang kekal balik kerja jam 4 petang

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi 4,119.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular