Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta – Zambry

Shopee Sale

PARLIMEN l Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata berdasarkan dapatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada 2019 untuk mengkaji pemansuhan AUKU dan pengenalan akta baharu, ia mendapati pemansuhan akta itu bakal menyebabkan pewujudan perlembagaan universiti yang baharu di semua universiti awam.

Katanya pewujudan perlembagaan baharu di setiap universiti awam itu pula akan mengambil masa yang lama selain akan mengganggu operasi institusi pengajian tinggi itu.

“Sesi libat urus yang dilaksanakan sebaliknya mencadangkan supaya pindaan AUKU dibuat mengikut keutamaan dan berdasarkan permintaan daripada kumpulan sasar iaitu mahasiswa.

“Justeru mengambil kira semua penambahbaikan yang dibuat sejak 1971 hingga kini, kementerian berpandangan lebih realistik pada peringkat ini AUKU ditambah baik di seksyen-seksyen yang dibangkitkan pemegang taruh berbanding dimansuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

RUU itu bertujuan menambah baik tadbir urus hingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar, dengan melibatkan pindaan enam perkara dalam akta itu.

Antaranya melibatkan Sekyen 16B iaitu memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi pengendalian kes tatatertib di universiti.

MENARIK:  Bos Spanco hadir ke mahkamah dengan bertongkat

Ia turut melibatkan Seksyen 15A bagi membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa, manakala Seksyen 48(4) Jadual Pertama iaitu tempoh lantikan MPP dipinda daripada satu tahun kepada satu tahun ‘akademik’.

Pada sesi perbahasan antara Ahli Parlimen yang menyentuh cadangan pemansuhan akta itu ialah Tan Kar Hing (PH-Gopeng) dan Tan Hong Pin (PH-Bakri).

RUU itu kemudiaannya diluluskan dengan kelebihan suara bersetuju selepas 22 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular