Pindaan hak kewarganegaraan – Saifuddin yakin dapat sokongan MP

Shopee Sale

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yakin akan mendapat sokongan daripada ahli parlimen dalam usaha kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan mengenai hak kewarganegaraan.

Ini susulan penentangan terbuka daripada ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, semalam yang berkata kerajaan tidak mempunyai sebab untuk meminda peruntukan yang memberikan kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terbiar.

"Saya dalam proses memberikan penjelasan kepada Ahli Parlimen," kata Saifuddin ketika ditanya sama ada dia akan memberi penjelasan kepada wakil rakyat yang telah menyuarakan bantahan dan kebimbangan mereka mengenai cadangan pindaan itu.

"Jika saya terus beri penjelasan, seperti saya lakukan sekarang kepada pemberita dan kamu (wartawan) membantu menulisnya, saya yakin pindaan ini akan dapat sokongan," katanya semasa sidang media bersama Ketua Polis Negara, Razarudin Husain di Kuala Lumpur, hari ini.

MENARIK:  Umno lucut keahlian bekas timbalan speaker Dewan Negara

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular