Pindaan Perlembagaan Kewarganegaraan perlu kajian lebih luas – MIC

Shopee Sale

Keputusan kabinet memberi 'lampu hijau' kepada pindaan perlembagaan kewarganegaraan perlu kajian lebih luas, kata pengerusi biro perundangan MIC Selva Mookiah.

Katanya, kerajaan perlu melihat isu kewarganegaraan kanak-kanak bukan hanya dari sudut keselamatan negara tetapi juga dari sudut kemanusiaan secara menyeluruh.

"Kami menyambut baik inisiatif ini untuk mendapatkan pelbagai pandangan dan memahami kesan pindaan tersebut terhadap pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya parti-parti politik di Malaysia.

"Walaupun perbincangan adalah efektif, kami berpandangan bahawa perlu diadakan forum yang lebih luas dan menyeluruh untuk tempoh yang memadai dimana wakil-wakil parti politik dapat memberikan pendapat dan syor cadangan yang komprehensif dan merangkumi semua aspek.

"MIC juga ingin menyuarakan beberapa isu yang perlu diolah dan diberi perhatian oleh semua pihak dalam mempertimbangkan sama ada untuk menyokong cadangan pindaan dan kesan-kesan pindaan yang dicadangkan," katanya pada satu kenyataan hari ini..

Selva yang juga seorang peguam berkata bahawa terma "Pemastautin Secara Tetap" dalam Seksyen 1(a), Bahagian II Jadual 2 Perlembagaan Persekutuan 1957 wajar dikekalkan.

"Bagi kami, syarat yang lebih ketat contohnya dengan mengenakan syarat seperti kemahiran berbahasa Melayu kepada Pemastautin Secara Tetap adalah mencukupi untuk memastikan keharmonian negara terjaga berbanding dengan pembuangan terma tersebut.

"Tahap kemahiran Bahasa Malaysia juga perlu diperjelaskan supaya ianya tidak ada pada suatu tahap yang terlalu tinggi yang mungkin tidak dapat dicapai," katanya.

Menurut Selva, sekiranya terma “Pemastautin Secara Tetap” dibuang, akan terdapat banyak keadaan dimana anak-anak Pemastautin Secara Tetap di Malaysia akan menghadapi masalah dalam mendapatkan kerakyatan.

"Mendapatkan status yang sama dengan ibu atau bapa, membuat permohonan untuk didaftar sebagai Pemastautin Secara Tetap atau sebagai Warganegara dan atas sebab yang sama, hak-hak asasi yang diperuntukkan kepada seseorang warganegara seperti pendidikan dan perubatan adalah dikecualikan," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kabinet bersetuju tujuh cadangan pindaan perlembagaan kewarganegaraan.

MENARIK:  Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di leher

Daripada tujuh cadangan disokong oleh kabinet, tiga cadangan merupakan pindaan baru manakala empat lagi berkaitan dengan membatalkan undang-undang sedia ada.

Namun, kabinet membatalkan syor Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak pemberian kewarganegaraan kepada bayi terbuang yang dijumpai.

KDN sebelum ini mencadangkan pemansuhan Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1(e) bahagian yang sama dalam jadual yang sama.

Mengulas lanjut, Selva berkata cadangan untuk menukar perkataan "tarikh perkahwinan" kepada "tarikh mendapatkan kerakyatan" dalam Perkara 26(2) Perlembagaan Persekutuan, perlu mengambil kira kesan dan risiko yang boleh dihadapi oleh isteri yang berasal dari luar negara dalam keadaan ditindas dan ditekan demi mengekalkan kerakyatan di negara ini.

"Ini memandangkan sekiranya tempoh bersekedudukan dengan suami kurang dari dua tahun dari tarikh kerakyatan, kerakyatannya boleh dibatalkan.

"Mungkin pihak penggubal undang-undang dapat memperincikan pindaan untuk memastikan isteri yang berasal daripada luar negara yang mempunyai anak hasil daripada perkahwinan tersebut tidak diklasifikasikan dalam kategori bukan warganegara di atas alasan bahawa perkahwinan tersebut adalah suatu marriage of convenience," katanya

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular