Pintu pagar balai polis diarah tutup 10 malam 

Shopee Sale

Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

“Kita perlu imbangi (langkah-langkah keselamatan) kerana balai polis adalah tempat rakyat mengadu, tetapi pada masa sama, balai polis juga menjadi sasaran, jadi kita imbangkan antara dua keperluan itu. 

“Insiden di Ulu Tiram, saat itu ada dua orang yang berurusan dengan anggota polis (di dalam balai) dan ketika itu serangan berlaku,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Seri Richard Riot (GPS-Serian) yang bertanyakan langkah-langkah memperketatkan keselamatan balai polis di Malaysia ekoran insiden 17 Mei lepas itu yang menyaksikan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Turut maut dalam insiden itu adalah suspek berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan mengalami kecederaan akibat ditembak.

MENARIK:  Pemuda Bersatu gesa polis guna Sosma siasat warga Israel

Saifuddin berkata ekoran peristiwa di balai polis itu, tindakan segera PDRM adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran.

Beliau berkata antara arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara adalah berhubung kekerapan mengadakan rondaan sekitar kawasan balai di samping keperluan meneliti keadaan fasiliti balai polis contohnya lampu dan pagar untuk ditambah baik. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular