Pintu rundingan MoU peruntukan pembangkang masih terbuka – Fahmi

Shopee Sale

Pintu rundingan mengenai memorandum persefahaman (MoU) untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang masih terbuka, dan kerajaan sedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, menjelaskan bahawa draf MoU tersebut berfungsi sebagai platform perbincangan dan bukan sebagai dokumen muktamad.

“Pintu rundingan tidak tertutup, yang tutup adalah pembangkang sendiri. Kalau hasrat (pembangkang) benar-benar ingin berbincang, marilah berbincang tidak perlu rasa takut. Datang dan berbincang. Kami sedia untuk berbincang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan September di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan MoU tersebut kerana mendakwa ia bertentangan dengan beberapa perkara termasuk berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan mengongkong kebebasan.

Fahmi berkata semasa beliau berada di kerusi pembangkang, pihaknya sentiasa berbincang mengenai MoU persefahaman hampir setiap minggu malah, beliau dipertanggungjawabkan untuk mengawasi pelaksanaan mengenai perkara yang telah dibincangkan.

MENARIK:  MIC mula berkempen di Sungai Bakap

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular