PJD Link: Afif dakwa pemaju boleh tuntut pampasan RM100j

Shopee Sale

Kerajaan didakwa perlu membayar pampasan hampir RM100 juta susulan pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link).

Adun Taman Medan, Dr Afif Bahardin, berkata amat malang jika kerajaan terpaksa membayar pampasan itu dan projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

Katanya dia "difahamkan" pemaju PJD Link boleh menuntut ganti rugi berkenaan daripada kerajaan pusat.

"Saya difahamkan hampir RM100 juta ringgit jika pemaju menuntut daripada kerajaan persekutuan. RM100 juta siapa yang bayar?

"Duit kita pembayar cukai, duit kita, duit rakyat akan digunakan untuk membayar kompensasi kepada syarikat pemaju kerana projek mereka dibatalkan dan projek ini tidak langsung dibina dan rakyat tidak dapat apa, tapi hutang kerajaan bertambah," katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Adun Bersatu itu berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chen Chung, yang mendakwa majoriti rakyat tidak menyokong PJD Link.

Pada 17 April lalu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata kabinet memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan PJD Link selepas pemegang konsesinya gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

"Jemaah Menteri membuat keputusan tidak akan melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link yang memohon lanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat. Kerajaan menolak permohonan itu.

"Sebelum ini pihak syarikat sudah memohon dua kali lanjutan bagi memenuhi syarat ditetapkan. Akibat daripada kegagalan itu, maka projek terbabit tidak diteruskan," katanya pada sidang media di Putrajaya.

Sehari kemudian, syarikat terbabit - PJD Link (M) Sdn Bhd - memberitahu mereka sedang meneliti permintaan untuk mengkaji semula jajaran laluan tersebut.

MENARIK:  Parti Buruh UK menang majoriti parlimen dengan lebih 326 kerusi

Mereka juga berkata pihaknya akan menangani sebarang "salah tanggapan" mengenai projek itu dan terlibat dalam perbincangan berterusan dengan pihak berkaitan.

Menurut Afif, Lee tidak membaca laporan penilaian alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial (SIA) yang dikeluarkan syarikat pemaju berkenaan.

Katanya laporan berkenaan diluluskan oleh Putrajaya pada Nov 2023 lalu.

"Untuk makluman yang berhormat (Lee) kesesakan yang kita hadapai di Taman Medan dan Petaling Jaya adalah kesesakan yang serius.

"Malangnya tidak alternatif yang ditawarkan, tidak ada pengakutan awam yang ditawarkan, tidak ada projek pelebaran jalan yang ditawarkan. Hakikatnya kita terpaksa hadap ini setiap hari.

"PJD Link hadir untuk menyelesaikan masalah. Mana alternatifnya yang berhormat sekarang telah dibatalkan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular