PKR kerja keras, PN yang berpecah di KKB – Steven Sim

Shopee Sale

PRK KKB | Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong menafikan PKR tidak bersungguh-sungguh dalam membantu kempen calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Sebaliknya, menteri sumber manusia itu berkata dia mendapat maklumat PN sendiri yang berpecah belah dalam PRK itu.

"Saya difahamkan di sebelah sana yang berpecah-pecah. Sebelah PN kononnya PAS boikot dua atau tiga kumpulan dalam Bersatu.

"Tapi di bawah kerajaan perpaduan saya nampak jentera parti-parti turun untuk kempen menangkan calon perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Ampang Pecah, di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Terdahulu, koordinator pilihan raya PH itu diminta mengulas dakwaan bahawa PKR kurang kempen di PRK ini.

Laporan itu memetik seorang sumber pemimpin PKR yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, bahagian negeri tidak menyalurkan dana kepada jentera pilihan raya kerana pergeseran pengundian calon.

Bagaimanpun Steven menafikan perkara itu dengan mengatakan Menteri Besar, Amirudin Shari sendiri turun untuk membantu kempen calon PH.

"Macam mana PKR boleh kurang kempen kalau Menteri Besar Selangor pun turun sini. Kita nampak kempen PKR dan gabungan BN amat kuat sekali.

MENARIK:  Kesan sampingan vaksin Covid-19: K'jaan jamin sedia rawatan - Dzulkefly

"Kami puas hati dengan sokongan parti-parti rakan kerajaan perpaduan kepada DAP dan ucapkan terima kasih," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular