PKR nafi kurang turun berkempen di KKB

Shopee Sale

PKR menafikan laporan yang mendakwa parti itu kurang turun berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu (KKB).

Ketua cabang PKR Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata dakwaan bahawa parti itu kurang mengambil bahagian dalam PRK sekadar khabar angin sahaja.

"Kita perlu faham 'poster boy' Pakatan Harapan dalam PRK ini adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

"Jadi, tak masuk akal jika media melaporkan bahawa PKR kurang turun kempen.

"Itu tak benar. Kami memang sudah berada di lapangan sejak hari penamaan calon," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan FreeMalaysiaToday bahawa parti itu kurang turun kempen kerana kekurangan dana untuk jentera.

Laporan itu memetik seorang sumber pemimpin PKR yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, bahagian negeri tidak menyalurkan dana kepada jentera pilihan raya kerana pergeseran pengundian calon.

"Parti kami mencadangkan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Melayu, tetapi DAP memberitahu kami supaya tidak terlibat.

"Mereka berkata: ‘Ia adalah kerusi kami, jadi jangan campur tangan’," kata laporan itu.

Bagaimanapun, Sathia yang juga Pengerusi PH Hulu Selangor berkata bahawa PKR tidak pernah campur tangan dalam isu pengundian calon.

"Memang ada cadangan daripada seorang pemimpin PKR bahawa meletakkan calon Melayu di KKB. Ini satu perkara biasa dalam mana-mana PRK.

MENARIK:  Tuduh pegawai muak dengan k'jaan: SKMM lapor polis terhadap Chegubard, Salim dan Papagomo

"Tapi, di PH kami semua faham bahawa kerusi ini milik DAP dan calon parti itu perlu disokongan oleh semua pihak termasuk Umno atas semangat perpaduan.

"Jadi, tidak timbul isu PKR tidak selesa dengan calon pilihan DAP," katanya.

Mengulas lanjut, dia berkata PKR yang menjaga enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) daripada 16 menunjukkan bahawa tidak ada geseran.

"PDM kami adalah kawasan luar bandar. Mungkin banyak pihak tidak perasaan itu.

“Mereka lihat kami tidak ada di KKB, jadi mereka terus anggap kami kurang kempen," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular