PKR tak nafikan Zafrul tunjuk minat, kata Anwar

Shopee Sale

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan berlaku perbincangan awal dalam parti itu mengenai kemasukan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Bercakap kepada media di Shah Alam, Selangor, Anwar berkata, PKR bersikap terbuka dan menerima sesiapa yang mampu memberikan sumbangan kepada parti tersebut.

Tambah perdana menteri, PKR tidak pernah menafikan wujud keinginan anggota kabinet terbabit menyertai parti tersebut, cuma ia tidak bermula dengan ajakan daripada pihaknya.

“Macam Tengku Zafrul pun, dalam keadaan sama kita tidak pernah menafikan.

"Dalam budaya kita, (PKR) tidak pernah mengajak orang tetapi sedia berbincang dan parti ini terbuka.

“Prinsipnya kita ambil sikap terbuka, orang boleh beri sumbangan tetapi dengan cara baik supaya hubungan dengan parti-parti termasuk UMNO, dan rakan-rakan (kekal) baik," katanya seperti dipetik portal Buletin TV3 hari ini.

Anwar berada di Shah Alam untuk menghadiri kongres khas PKR.

MENARIK:  Dr M dibenar keluar IJN selepas 53 hari

[Laporan lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular