PM akan ke Vladivostok bertemu Putin bincang kerjasama ekonomi

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia dalam tempoh beberapa minggu lagi. 

Anwar berkata pertemuan itu bertujuan membincangkan kerjasama ekonomi bersama negara berkenaan di samping mengekalkan hubungan baik di antara kedua-dua negara.

“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok untuk menerima undangan Presiden Putin bagi membincangkan kerjasama ekonomi, meletakkan kita sebagai negara yang mempertahankan pendirian kita yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pelancaran Ibu Pejabat GXBank Bhd dan pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di Petaling Jaya hari ini. 

Pada 28 Julai lepas, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya yang antara lain membincangkan hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, Anwar dan Lavrov turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.

MENARIK:  Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima direman

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular