PM arah 100 pokok baru ditanam ganti pokok terpaksa ditebang

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.

Menurut catatan di X, Anwar berkata beliau telah memberikan arahan itu kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Anwar memberi respons kepada berita disiarkan Bernama pada Isnin lepas (13 Mei), yang memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berhubung tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan kejadian pokok tumbang di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Dr Zaliha, DBKL diarahkan untuk segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbabit.

Selain itu, Dr Zaliha juga dipetik sebagai berkata DBKL diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

MENARIK:  Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau

Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular