PM arah pantau harga makanan

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan lebih kerap bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.

“Saya sendiri mendengar permasalahan yang diluahkan oleh peniaga berhubung isu kekurangan BPT,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Menyentuh mengenai Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, beliau berkata ketegasan kerajaan dalam menangani isu harga dan bekalan beras telah dizahirkan sehingga membawa kepada penurunan harga beras putih import (BPI) di pasaran.

“Alhamdulillah turun RM3, ada sesetengah tempat RM2, tapi umumnya (penurunan) RM2 hingga RM3, nilai yang dah cukup besar untuk pembeli dan pengguna biasa,” kata Anwar.

Mengenai kekurangan BPT dalam pasaran, beliau berkata mesyuarat NACCOL turut mendedahkan bahawa negara mempunyai 150,000 metrik tan beras tempatan untuk diedar, tapi ia tidak mencukupi untuk semua.

Anwar berkata ketika ini BPT dijual dan diedar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada harga RM26.

“Namun kenyataannya ialah harga beras, gula, minyak mentah kita (Malaysia) paling murah di Asia Tenggara dan ia tidak diberi penekanan,” katanya.

Pada 19 Mac lepas, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga BPI turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa semalam.

Pada masa ini harga runcit BPI di pasaran adalah sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, harga runcit BPI dijangka turun kepada RM35 untuk pek yang sama.

MENARIK:  Jumlah korban di Palestin cecah 31,726 orang

Sementara itu Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Kerajaan Madani bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras.

Anwar berkata kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan menyasarkan semula bantuan serta subsidi, seterusnya memastikannya ia sampai kepada rakyat yang memerlukan dan ia lebih dekat dengan makna keadilan.

“Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?

“Lantaran itu subsidi mesti diarahkan (disasarkan) semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir, dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa,” katanya.

Anwar turut memanjatkan kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan warga agensi kerajaan.

“Ikhtiar serta kudrat kalian untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat pasti akan mendatangkan hasil, tidak hanya kepada kalian sahaja tetapi kepada negara,” kata Perdana Menteri.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular