PM arah perkemas penyelarasan tangani banjir

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dan agensi terlibat dalam membuat persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang disifatkannya lebih baik tahun ini.

Beliau berkata di bawah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diarah memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera, agensi Persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir.

Anwar berkata penduduk di kawasan terkesan akan terus menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh MTL ini yang dijangka berlarutan hingga Mac tahun depan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan NADMA serta seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama dengan persiapan lebih baik tahun ni,” katanya sebelum menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata setakat 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.

MENARIK:  PM nasihat lembaga KPF: Pengurusan harus paling cekap

Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di enam negeri berkenaan setakat ini.

“Mengikut negeri, Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang (9,223 keluarga), dan 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular