Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan perananan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperananan dalam mengerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera.
Beliau menegaskan perkara itu menerusi hantaran di laman X semalam selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025.
Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, MEB telah membincangkan kertas-kertas berkaitan pemerkasaan syarikat bumiputera dalam pemerolehan kerajaan melalui Program mySTI dan hala tuju pelaksanaan Wakaf Mara Madani.
“Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperananan sebagai platform utama dalam memastikan segala peranancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya,” kata beliau.