PM: Harga barang keperluan jauh lebih rendah berbanding dulu

Shopee Sale

Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat.

“Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam adalah RM13 (sekilogram) (kg), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg.

“Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak lima kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam - sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini yang dihadiri lebih 500 penjawat awam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar dalam pada itu berkata kegiatan sindiket penyeludupan yang membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan.

“Orang yang meremehkan isu rasuah, lupa bahawa dalam satu jabatan kecil dari pasukan keluarga kastam itu, masih boleh sebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara.

“Bayangkan kalau ini berlaku dengan ketirisan minyak diesel, minyak masak yang diambil oleh kalangan tertentu …kalau kita boleh kumpulkan semua, kita boleh selamatkan puluhan bilion ringgit,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Mac lepas mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan itu mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata setakat ini 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat ditahan menerusi Ops Samba 2.0 kerana melindungi dan memudahkan aktiviti penyeludupan sindiket itu.

MENARIK:  Orang Asli: Pindaan kewarganegaraan sukarkan lagi keadaan kami

Ops Samba 2.0 merupakan operasi diketuai SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memerangi aktiviti rasuah pegawai agensi penguatkuasaan yang melindungi aktiviti penyeludupan sejak 2017 hingga kini.

Anwar seterusnya menekankan aspek penguatkuasaan bagi membendung ketirisan kerajaan, dan menurutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, semua pihak perlu memikirkan kaedah terbaik dalam memastikan bantuan dan subsidi disalurkan kepada golongan sasar seperti yang dilakukan menerusi penyasaran semula subsidi elektrik.

Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (Sara) pula, beliau berkata peruntukannya meningkat lima kali ganda iaitu daripada RM130 juta pada 2023 kepada RM700 juta pada tahun ini dengan kadar SARA dinaikkan RM1,200 tahun ini berbanding RM600 tahun sebelumhya.

Malah kumpulan penerima sumbangan berkenaan juga ditambah dan diperluas kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin tegar dan miskin pada tahun ini, berbanding hanya 210,000 merangkumi golongan miskin tegar pada 2023.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular