PM: K'jaan komited pastikan pelaburan asing lancar

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Malaysia komited memberikan sokongan dalam memastikan pelaburan asing berjalan lancar dan memulakan operasi mengikut jadual.

Anwar berkata berkata kehadiran pelabur yang kukuh seperti Mubadala Energy, syarikat tenaga antarabangsa yang berpusat di Abu Dhabi dengan pelaburan di tujuh negara termasuk Malaysia, adalah selari dengan usaha kerajaan melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

"Malaysia mengalu-alukan peranancangan pelaburan ini yang turut terkait projek-projek berimpak tinggi tenaga boleh baharu" kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan hormat daripada ketua pegawai eksekutif Mubadala Energy Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed yang diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Syarikat ini (Mubadala Energy) kini aktif dalam inisiatif tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan melalui pelaburan dalam pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

MENARIK:  Parti Hijau masih menanti jawapan untuk didaftarkan

"Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai fokus dan kemajuan pelaksanaan pelaburan Mubadala Energy di Malaysia," kata Anwar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular