PM mahu tindakan tegas pada pihak buat kekacauan

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.

Mengulas serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini, Anwar berkata dia menyokong segala usaha dilakukan oleh polis dan meminta rakyat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

"Soal keamanan kita tidak tolak ansur, kerajaan akan tegas. Nyawa rakyat adalah keutamaan kita, tiada maknanya kemajuan kalau keamanan tidak dikawal. Tindakan keras akan diambil bagi menghentikan kegilaan (keganasan) ini dan saya menyokong penuh langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Minta rakyat beri kerjasama, sentiasa berwaspada dan jangan bagi peluang kepada golongan jahat ini," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan di Astana, ibu kota negara itu hari ini.

Dua anggota polis dan seorang suspek maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi ini, manakala seorang lagi anggota polis cedera.

Anwar berkata perkara lain yang juga perlu diatasi dengan tegas tanpa berkompromi termasuk perbuatan mereka yang memainkan isu kedudukan Raja-raja Melayu.

"Tahniah kepada PDRM, kita mahu tindakan tegas, tiada tolak ansur, kerana kita mahu negara dihormati. Bila negara dihormati dunia, ekonomi akan meningkat," kata Anwar.

MENARIK:  PN umum calon PRK Sungai Bakap 16 Jun

Sementara itu Anwar dalam hantaran di laman Facebook menggesa PDRM segera mencari dalang insiden itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Dia turut menzahirkan perasaan sedih dengan insiden berkenaan dan mendoakan agar Koperal Mohd Hasif Roslan diberikan kesembuhan sesegera mungkin.

“Insiden ini ternyata memilukan dan menggemparkan negara dan saya utus takziah buat keluarga,” katanya.

Dalam kejadian itu anggota polis yang maut dikenali sebagai Konstabel Muhamad Syafiq, 24, dan rakannya Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, manakala Mohd Hasif cedera akibat ditembak.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular