PM minta Rafizi perjelas isu daftar Padu pada kabinet

Shopee Sale

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.

"Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.

"Sehubungan itu, Menteri Ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kerajaan Negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini Padu di negeri itu ditangguhkan.

Perdana Menteri ditemui pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan hari ini, yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (gambar bawah).

Media hari ini melaporkan Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak minggu depan bagi membincangkan isu pendaftaran Padu.

Rafizi berkata arahan penanguhan pendaftaran Padu itu adalah bagi membolehkan Sarawak memperoleh penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat Kabinet negeri.

Mengulas permintaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya telah meluluskan insentif RM2,000 kepada penjawat awam sebelum ini.

MENARIK:  Diksriminasi sawit M'sia: KPK akan denda syarikat pengimport - Johari

"Kita baru lulus RM2,000 pada tahun lepas, kemudian dalam beberapa bulan (nanti) kita akan luluskan skim persaraan (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) untuk naikkan gaji, jadi kita kena lihat konteks itu," katanya.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini memohon agar tradisi bantuan khas perayaan yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lepas dikekalkan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular