PM: M'sia hasrat bawa rakyat Palestin cedera dirawat di negara ini

Shopee Sale

Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan dana bagi tujuan berkenaan, selain menzahirkan penghargaan kepada negara-negara yang turut sama memberikan kerjasama bagi melaksanakan misi kemanusiaan itu.

"Saya berhubung dengan Presiden (Mesir) Abdel Fattah El-Sisi meminta bantuannya bagi memudah cara bantuan kemanusiaan (ke Palestin) dan sokongan, serta membenarkan kami membawa pulang beberapa wanita dan kanak-kanak Palestin yang cedera untuk dirawat di Malaysia," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga berhasrat memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera dan berada di negara terbabit.

MENARIK:  Serangan seksual: Bekas pembantu politik didakwa

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular