PM: Penyasaran subsidi diesel wajar diteruskan

Shopee Sale

Kenaikan harga tambang pengangkutan yang dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura serta beberapa siri penangkapan sindiket penyelewengan diesel di sempadan negara membuktikan penyasaran subsidi bahan api itu wajar diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyasaran subsidi diesel amat penting untuk negara bagi menyelamatkan dana yang bocor dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel, maknanya selama ini berpuluh tahun, subsidi kita pergi ke syarikat Singapura, pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor (dana) banyak.

“Subsidi dimanfaatkan oleh 3.8 juta orang asing, dibawa keluar ke Siam, dia bagi hantar kepada kapal nelayan Siam … yang bayar cukai rakyat Malaysia tetapi yang dapat manfaat orang asing,” katanya pada Majlis Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di Bukit Mertajam hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah pengeluaran kereta dari 2012 hingga 2020 sedikit berbanding peningkatan melambung diesel yang dikeluarkan kerana bahan api terbabit dinikmati warga asing.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menafikan terdapat beberapa masalah berikutan langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan buat julung kali di Malaysia, namun berjanji akan memperbaik kelemahan berkenaan.

Beliau juga mengakui bersikap terbuka menerima sebarang cadangan mengenai penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan. 

“Saya ambil sikap terbuka, kalau ada beberapa kelemahan, maklum, kita betulkan. Ini percubaan awal yang tentunya menghadapi sedikit sebanyak masalah, saya tidak nafikan tetapi cerca seolah-olah kerajaan zalim, itu tidak boleh,” kata beliau.

Beliau berkata kerajaan dan pemimpin-pemimpin sebelum ini juga bersetuju dengan penyasaran subsidi diesel kerana ia merupakan langkah yang betul bagi mengelakkan pembaziran subsidi, sekali gus memulangkan penjimatan kepada rakyat.

MENARIK:  K'jaan tangguh pindaan kewarganegaraan sebab tak yakin lulus - PN

Menyentuh mengenai penurunan harga runcit telur ayam, Anwar berkata ia langkah awal bagi mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat kerana ia merupakan makanan yang paling banyak digunakan oleh rakyat di peringkat bawah.

“Kita buat kajian (didapati) keluarga paling banyak gunakan ialah telur, keluarga sederhana, miskin ambil telur empat biji sehari. Oleh itu, kita bincang dengan syarikat dan tanya untung serta turunkan sedikit harga telur tetapi tak rugi (bagi syarikat) dan kalau ada cara-cara yang lain, saya boleh ikhtiarkan,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Terdahulu, beliau dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa bersama masyarakat setempat dan mengagihkan daging korban Aidiladha kepada golongan yang memerlukan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular