PM sakat Tiong, menteri patut bawa masuk duit, bukan minta lebih

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyakat mengusik Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing kerana kerap memohon dana daripada menjana pendapatan.

Berucap pada pelancaran kempen Melawat Malaysia 2026, Anwar mengusiknya, bahawa setiap kali Tiong berjumpanya, dia akan meminta lebih banyak wang.

“Saya kata perananan kamu adalah untuk membawa masuk lebih banyak wang, bukan minta kita duit.

“Saya juga kata perananan kamu adalah kurangkan ke luar negara dan bawa warga asing datang ke sini. Tetapi kita punya menteri pelancongan banyak ke luar negara.

“Bergurau, bergurau. Jangan ambil serius sangat,” katanya sambil ketawa.

'Mercu tanda Tahun Melawat Malaysia'

Semasa pembentangan Bajet 2025, Anwar mengumumkan peruntukan hampir RM550 juta untuk mempromosikan pelancongan dan menyokong aktiviti Melawat Malaysia 2026.

Ini termasuk RM110 juta untuk meningkatkan tapak pelancongan, memupuk kerjasama eko-pelancongan, dan menyokong pencalonan Unesco.

Anwar mengetengahkan matlamat kempen Melawat Malaysia hari ini dengan menggariskan empat tema - ekopelancongan dan kelestarian; tarikan dan inovasi moden; warisan budaya dan kepelbagaian; dan perkongsian yang kukuh.

MENARIK:  TPM akan bincang dengan wakil pembangkang isu peruntukan kawasan

“Kempen ini mesti bergerak ke hadapan dengan jerayawara dan festival dengan kos yang minimum.

"Saya yakin Kementerian Pelancongan, daripada menteri kepada ketua setiausaha dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan, akan melakukan yang terbaik untuk memastikan 2026 adalah tahun penting bagi pelancongan Malaysia," kata Anwar. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular