PM tegur majlis perbandaran ‘tekan’ harga tapak bazar Ramadan

Shopee Sale

PARLIMEN |  Kenaikan harga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan kali ini bukanlah disebabkan oleh kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST)  dari enam kepada lapan peratus.

Sebaliknya, perdana menteri, Anwar Ibrahim berkata ia adalah disebabkan kos sewa tapak yang terlalu tinggi dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Disebabkan itu, Anwar mengarahkan PBT di seluruh negara agar tidak menekan peniaga bazar Ramadan dengan mengenakan kos sewa tapak yang tinggi.

Tegas Anwar, tidak ada sebab PBT di negara ini mengenakan kos sewa yang tinggi terhadap peniaga bazar Ramadan.

"Saya akui ada impak kecil (kesan daripada) kenaikan harga, tetapi saya tidak fikir (kenaikan harga juadah di bazar Ramadan) kerana SST menyebabkan kenaikan. 

“Kalau secara spesifik soal bazar Ramadan yang saya dapat lawati di empat lima tempat, pertamanya kos sewa (tapak) itu terlalu tinggi. 

"Jadi kita telah memberikan arahan, kalau kos itu yang dikendalikan oleh majlis perbandaran, jangan tekan (sewa tapak) dalam keadaan sekarang," katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang bertanyakan sama ada kenaikan SST bermula 1 Mac mengundang rungutan peniaga bazar Ramadan.

Takiyuddin Hassan

Dia juga  mahu tahu sama ada ia yang menyebabkan mereka kerugian dan tidak dapat membayar kos sewa tapak.

MENARIK:  NGO siswa ajak boikot calon sokong pindaan perlembagaan

Anwar berkata, selain daripada kos sewa tapak yang terlalu tinggi, sebahagian PBT juga didakwa menyerahkan pengendaliannya kepada ejen-ejen.

"Akhirnya, penyewa tidak menyewa secara langsung daripada majlis perbandaran. Jadi kos (sewa) meningkat," katanya.

Anwar yang juga merupakan menteri kewangan turut mengakui kenaikan SST daripada enam kepada lapan peratus mempunyai kesan sampingan yang mesti dikawal.

"Seperti yang kita tahu, ada kesan sampingan kecilan yang mesti dikawal. Saya setuju kita harus pantau. 

"Tetapi secara khusus perniagaan bazar Ramadan ini, kebanyakan mengeluh ialah kerana kadar sewa yang tinggi," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular