Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pihaknya tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya Seri Perdana pada tahun ini.
“Sebaliknya, saya akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Menteri kewangan turut mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Raya yang sederhana.
“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya lagi.
[Berita penuh menyusul]