PM umum baucar buku RM100 untuk pelajar

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi mengalakkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

Katanya, baucar itu akan diberi bermula jam 2 petang esok selepas Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan mekanisme serta panduan penggunaanya.

"Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.

"Bagi tahun ini, kita mulakan dari darjah empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Berbanding tahun lalu, pemberian baucar buku hanya diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja.

Bagaimanapun, tahun itu, Anwar berkata, baucar itu turut akan diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya.

"Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah," katanya.

Menurut perdana menteri, sebahagian jumlah baucar tersebut akan ditetapkan untuk pelajar membeli buku yang diusulkan seperti novel sasterawan negara.

“... kerana mengikut amalan lalu, buku dipilih (anak-anak) adalah buku picisan yang tidak bernilai,” kata Anwar.

Selebihnya, menurutnya, akan diberi kelonggaran kepada golongan sasaran untuk membuat pilihan bacaan mereka sendiri.

Yang turut hadir pada majlis hari ini ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

PBAKL kali ke-41 yang berlangsung dari 24 Mei hingga dua Jun pada tahun ini diadakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

MENARIK:  Lip Eng pertikai dua MP MCA tak mengundi RUU kerajaan

Pesta tersebut mempunyai 972 reruai, dengan 241 pempamer termasuk 14 pempamer dari luar negara. Antaranya dari Singapura, Thailand, Filipina, India, China, Taiwan dan Iran.

Dalam ucapannya itu, Anwar juga menekankan kepentingan pelajar untuk membezakan maklumat yang bermanfaat dan sebaliknya.

“Negara Madani yang ingin kita bina ini bukan hanya perkasa dalam ekonomi, akan tetapi kaya budaya, akhlak, ilmu dan nilai.

"Bukan semua maklumat itu adalah ilmu. Ada juga maklumat yang hanya sekadar maklumat, selain ada juga yang masuk kategori ilmu.

“Ilmu seperti dikupas ulama serta sarjana, ada yang memberikan manfaat dan tidak memberi manfaat.

"Justeru, kita perlu melatih anak-anak membaca, mencintai ilmu serta menentukan yang mana adalah informasi dan ilmu, seterusnya mempunyai keupayaan untuk menyaring apa yang disebut ilmu makrifah atau kebijaksanaan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular