'PN kalah bermaruah, teruskan buat petisyen plihan raya'

Shopee Sale

Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) Nadzir Helmi Azhar menyifatkan gabungan itu kalah bermaruah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Nadzir berkata bahawa PN akan mengemukakan petisyen bagi PRK berkenaan seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Kita akan kaji semula dan meneruskan untuk mengemukakan petisyen seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Ketua Whip Pembangkang yang juga Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK KKB.

Takiyuddin mendakwa kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung.

Setiausaga Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan dakwaan itu berkata mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya beranggapan kesalahan pilihan raya dilakukan.

Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi mengisytiharkan Pang Sock Tao dari PH sebagai pemenang PRK Kuala Kubu Bharu dengan meraih 57.2 peratus undi, dan majoriti 3,865 undi.

Calon PN Khairul Azhari Saut memperoleh 10,131 undi atau 41.4 peratus undi.

MENARIK:  Beli kondo mewah: Mahkamah perintah Isa Samad, bekas CEO bayar FGV RM3.31 juta

Kedua-dua calon lain masing-masing memperoleh kurang daripada satu peratus undi, bermakna mereka hilang deposit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular