PN: Keputusan PRK Sg Bakap referendum rakyat tolak kerajaan Madani

Shopee Sale

Pemimpin Bersatu berkata, peningkatan undi majoriti PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap adalah petanda rakyat menolak kerajaan Madani.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan kekalahan kerajaan perpaduan berpunca daripada keangkuhan kerajaan.

"Lonjakan majoriti sebanyak 4,267 undi yang diterima saudara Abidin Ismail adalah referendum jelas bahawa rakyat menolak kerajaan Madani pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keputusan ini juga merupakan bukti rakyat menolak pemimpin sombong dan angkuh, yang sengaja pekakkan telinga dan butakan hati dengan penderitaan rakyat yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup,” kata Hamzah dalam satu kenyataan di Facebook.

Pada pilihan raya kecil yang berakhir semalam, PN mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap selepas Abidin menewaskan calon PH, Joohari Ariffin dengan majoriti 4,267 undi - meningkat sebanyak 1,563 undi berbanding pilihan raya negeri lalu.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Dalam kenyataannya, Hamzah menyelar kerajaan kerana mengkhianati janji terutama dengan pemansuhan subsidi diesel menyeluruh baru-baru ini.

"Refendum Sungai Bakap ini juga adalah bukti rakyat tolak pemimpin yang khianati janji. Janji harga minyak turun tapi bila sudah berkuasa, diesel dinaikkan harga sehingga RM3.35 seliter," katanya.

Isu subsidi diesel

Nada serupa disuarakan Muhyiddin apabila mengatakan penarikan subsidi diesel antara punca kekalahan calon kerajaan perpaduan.

"Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.

"Ini termasuk penyasaran subsidi diesel yang menyebabkan kenaikan harga barang dan menambah beban rakyat, kedegilan kerajaan meneruskan penjualan saham MAHB kepada syarikat GIP walaupun ditentang hebat oleh rakyat dan kegagalan kerajaan melaksanakan janji-janji reformasi institusi malah semakin mencengkam kebebasan rakyat,” katanya dalam hantara di Facebook.

Isu saham MAHB

MENARIK:  Isu kematian dalam tahanan: Badan Peguam gesa inkues bebas teliti dakwaan Saifuddin

Wan Fayhsal, dalam satu kenyataan Facebook, turut mengaitkan isu pemilikan saham MAHB sebagai faktor kekalahan PH, dengan mengatakan kerajaan cuba menormalisasikan hubungan dengan pihak pro-Zionis melalui perjanjian saham MAHB.

Namun katanya, kemenangan PN adalah lebih mengejutkan kerana ia berlaku di kubu PH.

"Lebih mengejutkan lagi, penolakan ini dilakukan oleh rakyat di kubu kuat dan kampung halaman Perdana Menteri dan pimpinan utama PH sendiri,” katanya.

Analisis Malaysiakini mendapati peratusan undi yang dimenangi pembangkang meningkat daripada 52.7 peratus tahun lalu kepada 58.6 peratus.

Sebaliknya, undi PH merosot daripada 47.3 peratus kepada 41.4 peratus.

Data juga menunjukkan bahawa PN hanya sedikit terjejas daripada peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 62.9 peratus.

Walaupun kira-kira 4,500 pengundi berkurangan berbanding pilihan raya negeri, jumlah undi PN hanya berkurangan sebanyak 944.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular