PN lemah tak ada belanjawan bayangan – Akmal

Shopee Sale

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai 'lemah' kerana tidak mempunyai belanjawan bayangan.

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mereka yang ingin melihat belanjawan PN perlu menunggu mereka untuk membentuk kerajaan.

Tuan Ibrahim juga berkata menyediakan belanjawan adalah tugas kerajaan sementara belanjawan bayangan bukanlah tanggungjawab pembangkang.

Dalam catatan Facebook semalam, Akmal mengakui memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merangka bajet.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa rakyat ingin menilai belanjawan alternatif pembangkang untuk membuat perbandingan.

“Bila nak semak imbang,patutnya tunjukkan kita ada cadangan yang lebih baik, bukan hentam tetapi tiada cadangan lain.

"Melainkan memang pihak PN tidak ada alternatif, maka kekallah dengan mentaliti begini. Ingin kekal jadi pembangkang kosong selamanya. Lemah!" kata Akmal.

Tambahnya, pembangkang di Perlis, Kedah, dan Kelantan - merujuk kepada gabungan Madani - tidak seharusnya memberikan alasan yang sama dan menunjukkan mereka mempunyai idea yang lebih baik jika mahu membentuk kerajaan negeri pada masa hadapan.

MENARIK:  Duta AS: Adakah keadaan di Gaza bertambah baik disebabkan boikot?

Belanjawan 2025 kini sedang dibahaskan di Dewan Rakyat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular