'PN tak bimbang sokongan Melayu, penjawat awam pada kerajaan naik'

Shopee Sale

PN tidak bimbang dengan peningkatan sokongan pengundi Melayu serta kakitangan awam terhadap PH-BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, menurut Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, ini kerana PRK itu menyaksikan pertembungan yang berat sebelah, dengan kerajaan menawarkan apa yang disifatkannya sebagai "gula-gula dan rasuah politik".

"Kami tidak bimbang...Kerajaan reformasi palsu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengamalkan 'politik tong babi', yakni politik yang menjanjikan gula-gula dan rasuah politik," katanya kepada Malaysiakini, ketika diminta mengulas berhubung peningkatan sokongan, termasuk di kalangan polis dan tentera, kepada PH-BN dalam PRK itu minggu lalu.

Dia merujuk tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan peruntukan RM5.21 juta bagi menaik taraf fasiliti infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Bharu.

Ahli Parlimen Machang itu berkata lagi, dengan banyak "gula-gula" yang ditaburkan, tidak mustahil PH-BN meraih kemenangan di DUN Kuala Kubu Bharu.

"Saya tengok banyak bukti, Menteri Pertahanan Khaled Nordin beri mock check dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail buat sambutan hari raya dan sebagainya.

“Ini semua hipokrasi dan amalan politik dengan tawaran berat sebelah oleh PH. Sebab itu mereka menang...Tentu sekali rakyat dan penjawat awam tidak berani menentang kerajaan apabila mereka diberikan tawaran begitu,” dakwanya lagi.

Pada PRK Kuala Kubu Bharu 11 Mei lalu, calon PH Pang Sock Tao meraih 14,000 undi, menewaskan pencabarnya dari PN Khairul Azhari Saut (10,131 undi), calon PRM Hafizah Zainudin (152 undi) dan calon bebas Nyau Ke Xin (188 undi).

Sokongan pengundi Melayu dan India terhadap PH-BN masing-masing mencatatkan peningkatan tiga dan lapan peratus berbanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-15 tahun lalu.

Menurut Bernama, Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata PH mendapat 42 peratus undi Melayu pada PRK lalu, berbanding 39 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.

Bagi undi pos, seramai 249 anggota polis (84.1 peratus) mengundi calon kerajaan kali ini, dengan 47 undi (15.8 peratus) untuk PN. Pada PRN lalu, calon kerajaan hanya meraih 119 undi (23.47 peratus) berbanding PN dengan 388 undi (76.5 peratus).

Manakala untuk tentera, sokongan kepada kerajaan meningkat daripada hanya 27 undi (16 peratus) pada PRN kepada 84 undi (54.2 peratus) pada PRK kali ini. Sokongan kepada PN pula menurun daripada 142 undi (84 peratus) pada 2023 kepada 71 undi (45.8 peratus).

Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayshal berkata kekalahan PN dalam PRK Kuala Kubu Baru kali ini hanyalah sementara.

MENARIK:  Bina bangsa Malaysia bukan alasan remehkan Islam - PM

“(PRK) ini terlalu berfokus, mereka takut akan dikenakan tindakan. Bukan macam tahun lepas, polis dan tentera sokong PN.

“Jadi, saya percaya ini hanya kekalahan sementara. Dalam jangka masa panjang PN akan dapat semula undi tradisi kami daripada tentera dan polis kerana kamilah yang mengangkat nilai-nilai mereka,” katanya lagi.

‘Tamparan buat PN’

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii peningkatan itu menjadikannya optimis bahawa penjawat awam serta polis dan tentera telah kembali menyokong Umno-BN dan kerajaan.

Katanya lagi, Umno sudah menjangkakan usaha untuk meyakinkan mereka terhadap kerjasama PH-BN untuk kestabilan negara akan mengambil sedikit masa, di tengah pelbagai kecaman PN terhadap parti itu.

Razlan Rafii

"(Keyakinan dapat dikembalikan) Walaupun pelbagai tohmahan dan hinaan daripada PN kepada Umno terutama (ketika pemimpin PN) berceramah di depan orang Melayu, tetapi kita lihat keputusan ini tidaklah memihak kepada PN secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi.

Dia juga berkata kerjasama BN dengan PH telah menampakkan hasil serta menyuarakan keyakinan orang Melayu akan kembali menyokong Umno seperti dulu.

“Hari ini sedikit demi sedikit politik hasutan, politik benci, politik memainkan isu yang tidak bermanfaat yang dimainkan PN telah ditolak oleh orang Melayu.

Dia juga membangkitkan kemenangan Pang di 16 daripada 18 daerah mengundi di Kuala Kubu Bharu, dan menyifatkannya sebagai tamparan hebat kepada PN.

"Jelas kita telah merampas semula daerah mengundi yang majoritinya orang Melayu dan ini sebenarnya memberikan tamparan kepada PN yang begitu megah kononnya orang Melayu menyokong mereka,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular