PN tak setuju gugur pindaan kewarganegaraan bayi terdampar

Shopee Sale

PN menyuarakan rasa tidak senang berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan.

Menurut Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan, taklimat diberikan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kepada ahli parlimen PN berbeza dengan rang undang-undang berhubung pindaan itu.

Dia berkata PN juga tidak setuju dengan pengguguran pindaan yang memerlukan anak terdampar mendapat status kewarganegaraan hanya menerusi pendaftaran, dan bukannya secara automatik berdasarkan undang-undang.

Katanya, pendaftaran untuk kewarganegaraan akan memerlukan pelbagai dokumen sokongan termasuk sijil kelahiran, laporan polis, dan malah laporan akhbar berhubung bayi yang ditemui, jika ada.

"Sampai begitu sekali teliti dan ketat (syarat) dikenakan dalam permohonan untuk bayi yang dijumpai untuk disahkan sebagai warganegara.

"Tiba-tiba peruntukan ini tak dimasukkan dalam rang undang-undang," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu mempersoalkan kenapa peruntukan itu digugurkan, dan mengandaikan Saifuddin berdepan tekanan dari dalam kerajaan atau kabinet.

Pada Jumaat lalu, kabinet setuju untuk menolak cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kewarganegaraan bayi yang terdampar.

Namun, Perikatan Hak Kewarganegaraan Malaysia semalam berkata pindaan sedia ada akan tetap memberi kesan negatif kepada bayi terdampar.

Sebelum perubahan itu, PN membayangkan akan menyokong pindaan tersebut, seterusnya memberi jaminan ia akan mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

MENARIK:  Sarawak akan buat penilaian sewajarnya sebelum beli pesawat

Dalam pada itu, Takiyuddin menggesa kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang tersebut.

Dia juga menyokong gesaan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin agar rang undang-undang itu dihantar ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk penilaian penuh.

Katanya, ia merupakan amalan biasa untuk mana-mana rang undang-undang yang dipertikai pembangkang atau pihak dalam kerajaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular