PN tak tolak kemungkinan letak calon dari Bersatu di KKB – sumber

Shopee Sale

PRK | Perikatan Nasional (PN) sedia mempertimbangkan semua kemungkinan dalam usaha menyapu bersih kawasan parlimen Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

Menurut sumber terdekat pimpinan PN Selangor, gabungan itu tidak menolak kemungkinan kerusi itu diserahkan kepada Bersatu dalam PRK ini, dan bukannya calon dari Gerakan seperti pada pilihan raya negeri tahun lalu.

"Misi PN adalah sapu bersih Hulu Selangor. Kita sudah ada kerusi parlimen (Hulu Selangor) dan dua DUN dalam tangan. KKB adalah satu-satunya kerusi tergantung untuk mencapai misi ini.

"Jadi, PN negeri melihat segala kemungkinan. Yang penting rampas kerusi KKB dalam PRK ini," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, pada PRU15 yang lalu, PN merampas kerusi parlimen Hulu Selangor selepas wakil PAS Hasnizan Harun mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Sathia Prakash Nadarajan dengan majoriti tipis 1,562 undi.

Dalam PRN pada Ogos tahun lepas, PN menang dua daripada tiga kerusi DUN di parlimen itu masing-masing DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.

KKB merupakan satu-satunya kerusi dimenangi PH di bawah parlimen Hulu Selangor setelah penyandangnya mendiang Lee Kee Hiong dari DAP mempertahankan kerusi itu bagi penggal ketiga.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas.

Pada 4 Apr, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN KKB akan diadakan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pula pada 27 April.

Tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

Ada peluang calon India dari PN

Sumber itu turut menambah bahawa kajian awal oleh PN di lapangan menunjukkan pengundi Cina masih setia kepada PH.

Justeru, katanya, PN mempertimbangkan kemungkinan meletakkan calon bukan Melayu.

"Seperti dijangka, pengundi Cina masih setia dengan PH. Jadi, PN memikirkan kemungkinan menurunkan seorang calon Melayu untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

"Sebab ada juga cadangan turunkan calon dari kalangan India kerana kerusi itu mempunyai 18 peratus pengundi India. Jika undi Melayu dan Cina berpecah, maka mungkin pengundi India akan menjadi penentu kemenangan dalam PRK ini.

"Buat masa ini, PN masih tidak mempunyai wakil India sebagai ahli parlimen atau Adun. Jadi, ada kemungkinan PN menggunakan PRK ini sebagai platform untuk mencalonkan wakil India untuk menunjukkan bahawa gabungan itu untuk semua kaum.

MENARIK:  Laporan Malaysiakini isu bayi dan ibu tanpa kerakyatan disenarai pendek Sopa 2024

"Tapi, segala kemungkinan ini masih awal. Belum ada keputusan muktamad. Saya percaya PN akan membuat keputusan selepas majlis rumah terbuka Bersatu pada 21 Apr ini yang akan diadakan di KKB," kata sumber itu.

Teoh Kien Hong.

Untuk rekod, pada PRN yang lalu kerusi KKB ditandingi calon dari Gerakan Teoh Kien Hong. Pada PRN itu, Teoh meraih 10,743 undi berbanding Lee yang menang dengan 14,862 undi.

Sumber dalaman Gerakan berkata bahawa parti itu berminat menurunkan semula Teoh dalam PRK ini.

Sejak pengumuman SPR, pemimpin dari PH dan PN sering kelihatan di KKB.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor. Susulan itu, pada Ahad Menteri Besar Selangor Amirudin Shari turun ke KKB.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berjumpa majlis pimpinan bahagian Bersatu Hulu Selangor dan Presiden Gerakan Dominic Lau juga kelihatan bersama-sama Teoh berjumpa dengan pemimpin tempatan berbincang mengenai PRK ini.

KKB yang dikenali sebagai 'kerusi campur' dengan pecahan pengundi Melayu (51%), Cina (30%) dan India (18%) dan lain-lain (1%) dilihat memberi kelebihan kepada PH.

Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

Daripada jumlah itu, seramai 39,362 orang adalah pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular