Pokok tumbang: 10 kenderaan rosak, termasuk peronda polis

Shopee Sale

Kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringi kenderaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof, merupakan antara 10 kenderaan yang rosak berikutan kejadian pokok tumbang di sekitar ibu kota, susulan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, kereta peronda itu antara yang terkesan dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang, bersama lima buah motosikal dan dua kereta lain.

“Kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta di Fakulti Perubatan dan Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya, yang menyebabkan dua buah kereta rosak.

“Hujan lebat selama kira-kira sejam pada petang tadi, turut menyebabkan kejadian dua pokok tumbang di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama menyebabkan sebuah rumah rosak,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam semua kejadian berkenaan.

Berikutan itu JBPM dalam kenyataan itu memaklumkan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang, sedang dijalankan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang pukul 3.26 petang tadi.

MENARIK:  SPR bermesyuarat urusan, tarikh PRK DUN Kuala Kubu Baru

Beliau berkata kereta jenis Proton X70 itu yang bertindak sebagai kereta pendahulu untuk konvoi yang membawa Ab Rauf, rosak pada bahagian belakang dan tiada sebarang kecederaan berlaku terhadap pemandu dan penumpang kereta itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular