Pokok tumbang hempap tiga kereta

Shopee Sale

Sebatang pokok tumbang dan menghempap tiga kereta dalam kejadian di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang.

Beliau berkata petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa terus bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 8 kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan.

“Pokok itu menghempap tiga kenderaan di kawasan parkir, iaitu sebuah kereta Proton Wira dan dua Perodua Myvi.

“Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, dan kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular