Pokok tumbang: Menteri minta DBKL tubuh pasukan petugas

Shopee Sale

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata dia telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan pasukan petugas bagi meneliti kes pokok tumbang.

"Itulah sebabnya saya minta supaya DBKL mengadakan satu task force untuk kita lihat secara terperinci.

"Kita panggil semua pihak berkepentingan, pemegang taruh ini termasuklah NGO-NGO, arboris (perawat pokok)," katanya kepada pemberita pada taklimat media di Kuala Lumpur petang ini.

Ini sebahagian rancangan jangka pendek manakala rancangan jangka panjang termasuk mengenal pasti pokok yang berisiko dicabut untuk ditebang serta-merta, katanya.

Jelasnya lagi, terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira termasuk spesies pokok.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaliha memaklumkan dia telah membawa isu tersebut ke mesyuarat kabinet.

Menurutnya, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) selaku pakar pokok akan dirujuk dalam isu ini.

Jelasnya lagi, terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira termasuk spesies pokok.

[Baca berita asal]

MENARIK:  Dua terperangkap, kereta dihempap pokok di Alor Setar

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular