Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Shopee Sale

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya akan membuat permohonan itu berikutan tempoh reman pasangan berkenaan tamat pada Jumaat.

Ibu bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 Jun hingga esok bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bezah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

MENARIK:  Puad cabar Majlis Peguam jawab penghakiman berbeza dalam kes Najib

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular