Polis Indonesia tahan buruan paling dikehendaki di Thailand

Shopee Sale

Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod, di Bali pada pagi Khamis selepas dia melarikan diri selama tujuh bulan.

Chaowalit yang mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram diberkas di sebuah apartmen di kawasan Badung.

“Dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di Thailand,” kata Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polri, Krishna Murti, dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, polis menahan dua warga tempatan di Sumatera Utara yang mempunyai kaitan dengan Chaowalit, yang pernah singgah sebentar di Medan kerana membantu pelariannya di Indonesia, termasuk menyediakan kad pengenalan palsu.

Menurut laporan Bangkok Post, Chaowalit sebelum ini melarikan diri dari sebuah hospital di Nakhon Si Thammarat pada 22 Oktober 2023 dan terlibat dalam serangan terhadap anggota polis Thailand.

MENARIK:  Kejar lebih 15KM, peronda polis tahan lelaki di plaza tol

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular