Polis Johor buka 1 kertas siasatan di DUN Mahkota

Shopee Sale

PRK MAHKOTA | Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini, kata Ketua Polis Johor M Kumar.

Katanya ia melibatkan laporan yang dibuat individu berkaitan kandungan tidak benar yang ditularkan, mendakwa berlaku elemen sogokan untuk menarik pengundi.

Menurut Kumar, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan sedang berjalan dan kami perlu mendapat maklum balas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menentukan portal (yang memuat naik kandungan) itu kepunyaan siapa," katanya.

Kumar berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Pengaman Zamrud di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang hari ini.

Secara keseluruhan, Kumar berkata, pihaknya menerima dua laporan polis sejak tempoh berkempen bermula hingga semalam, selain 96 permohonan permit kempen dengan kesemuanya diluluskan.

"Sehingga sekarang, calon dan penyokong memberikan kerjasama penuh kepada polis dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, menunjukkan kematangan semua pihak dan kami berharap ia berterusan," katanya.

Pada pengundian awal hari ini, polis Johor menggerakkan 810 pegawai dan anggota untuk memastikan proses itu berjalan lancar.

MENARIK:  BNM kekal OPR pada 3 peratus

Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis mendaftar sebagai pengundi awal dalam PRK berkenaan.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan di antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan Mohamad Haizan Jaafar (PN).

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular